Tuesday, 24 April 2012

hujan lebat petang nie...sampai rumah pun dah malam..
alhamdulillah..selamat sampai kat umah..anak2 dah makan malam..yang si kecik asyik tido dari petang tadi tak bangun lagi..hmmm..pukul berapa pulak la si adik nak tido malam nie...dah la tu adikkkk...bangun ler...meh kita makan sama2..along dengan abang chik dah siap mengaji..adik ngelat yer malam nie..esok malam adik kena baca double..huhuhuh

Monday, 23 April 2012


MEMBUDAYAKAN ICT DI KALANGAN JURURAWAT.

ICT ialah singkatan dari perkataan Inggeris, 'Information and Communication
Technology' atau dalam Bahasa Melayu ialah Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Pengertian paling asas teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT
ialah semua jenis teknologi yang digunakan untuk memproses, mengolah,
menyimpan, mempersembahkan dan memindahkan data atau maklumat dalam
bentuk elektronik.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam era globalisasi
telah banyak merubah sistem dan peraturan perdagangan dan komunikasi dunia.
 Pekerja yang mempunyai kemahiran ICT, bukan sahaja
mempunyai kelebihan yang dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan tetapi
juga mencapai maklumat yang dapat memajukan diri sendiri dan menjadi pekerja
yang berpengetahuan  dan celik IT.

Kerjaya jururawat mungkin tidak glamour seperti bidang lain malah sering dilepas pandang bermula daripada ketika ingin memilih bidang melanjutkan pengajian mahupun pemberian pengiktirafan.
Bagaimanapun tidak dinafikan jasa dan pengorbanan jururawat amat besar.Peranan mereka adalah amat penting terutama membantu merawat dan menjaga orang sakit.Ketika melakukan tugas sudah pasti jururawat terpaksa berdepan dengan pelbagai jenis perangai dan karenah pesakit.

Oleh sebab itulah budaya ICT haruslah dikembangkan kepada setiap jururawat sebagai teras mewujudkan masyarakat berilmu disamping memastikan jurang digital di antara pegamal perubatan yang lain.
Langkah-langkah untuk menjayakan  budaya ICT  di kalangan jururawat ialah:-

1. MENGANJURKAN KELAS-KELAS KEMAHIRAN untuk kakitangan dan pelajar kejururawatan  mengenai asas kemahiran dan pengetahuan menggunakan komputer di dalam aktiviti seharian,tidak kira di tempat kerja atau di rumah.Membuat ujian kemahiran di akhir seisi kelas untuk mengetahui tahap kemahiran kakitangan dan pelajar sama ada mahir atau tidak dan memberi sijil penghargaan setelah lulus ujian.Membuat ujian ulangan jika kakitangan dan pelajar gagal di dalam ujian yang diberikan.

2. MENGALAKKAN KAKITANGAN DALAM  PENGGUNAAN  SISTEM YANG DIGUNA PAKAI DI HOSPITAL seperti OMS,C-HETS,Med WEB dan sebagainya.Sistem yang digunakan bukan hanya untuk kegunaan kerani dan doktor sahaja .Kakitangan haruslah mengambil bahagian dan bekerjasama dalam  menjayakan sistem yang ada di dalam wad.

3. MEMBERI CERAMAH-CERAMAH ATAU MENGADAKAN BENGKEL-BENGKEL CELIK IT DI KALANGAN JURURAWAT untuk memupuk minat di dalam penggunaan dalam kerjaya agar mereka tidak  berfikir perkara-perkara begini akan  membebankan kerja seharian mereka.

4.MEMBUAT KURSUS BERKALA SETIAP TAHUN BAGI KAKITANGAN agar dapat mereka mengigati semula penggunaan sistem-sistem yang sedia ada atau yang terbaru supaya mereka tidak ketinggalan dan dapat memahirkan kembali penggunaan komputer  serta sistem di hospital.

5. MENINGKATKAN PENGLIBATAN KAKITANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT di dalam memberi pendedahan kepada sistem yang diguna pakai di hospital dan sistem-sistem yang terbaru.Memperbanyakan sumber-sumber rujukan untuk penggunaan sistem-sistem yang digunapakai serta memperbaharui dan mengemaskini perisian yang sedia ada.  

http://www.youtube.com/watch?v=nEL4MSxg7No
http://www.youtube.com/watch?v=AAOMzhx06Bg&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=yJuIc4ib6y8&feature=fvwrel
http://www.youtube.com/watch?v=o-FpToBXDGQ&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=QltAI0cPzXY&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=NUqg7etMpy0
http://www.youtube.com/watch?v=fDcFt9V29-w&feature=fvwrel