Monday, 23 April 2012


MEMBUDAYAKAN ICT DI KALANGAN JURURAWAT.

ICT ialah singkatan dari perkataan Inggeris, 'Information and Communication
Technology' atau dalam Bahasa Melayu ialah Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Pengertian paling asas teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT
ialah semua jenis teknologi yang digunakan untuk memproses, mengolah,
menyimpan, mempersembahkan dan memindahkan data atau maklumat dalam
bentuk elektronik.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam era globalisasi
telah banyak merubah sistem dan peraturan perdagangan dan komunikasi dunia.
 Pekerja yang mempunyai kemahiran ICT, bukan sahaja
mempunyai kelebihan yang dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan tetapi
juga mencapai maklumat yang dapat memajukan diri sendiri dan menjadi pekerja
yang berpengetahuan  dan celik IT.

Kerjaya jururawat mungkin tidak glamour seperti bidang lain malah sering dilepas pandang bermula daripada ketika ingin memilih bidang melanjutkan pengajian mahupun pemberian pengiktirafan.
Bagaimanapun tidak dinafikan jasa dan pengorbanan jururawat amat besar.Peranan mereka adalah amat penting terutama membantu merawat dan menjaga orang sakit.Ketika melakukan tugas sudah pasti jururawat terpaksa berdepan dengan pelbagai jenis perangai dan karenah pesakit.

Oleh sebab itulah budaya ICT haruslah dikembangkan kepada setiap jururawat sebagai teras mewujudkan masyarakat berilmu disamping memastikan jurang digital di antara pegamal perubatan yang lain.
Langkah-langkah untuk menjayakan  budaya ICT  di kalangan jururawat ialah:-

1. MENGANJURKAN KELAS-KELAS KEMAHIRAN untuk kakitangan dan pelajar kejururawatan  mengenai asas kemahiran dan pengetahuan menggunakan komputer di dalam aktiviti seharian,tidak kira di tempat kerja atau di rumah.Membuat ujian kemahiran di akhir seisi kelas untuk mengetahui tahap kemahiran kakitangan dan pelajar sama ada mahir atau tidak dan memberi sijil penghargaan setelah lulus ujian.Membuat ujian ulangan jika kakitangan dan pelajar gagal di dalam ujian yang diberikan.

2. MENGALAKKAN KAKITANGAN DALAM  PENGGUNAAN  SISTEM YANG DIGUNA PAKAI DI HOSPITAL seperti OMS,C-HETS,Med WEB dan sebagainya.Sistem yang digunakan bukan hanya untuk kegunaan kerani dan doktor sahaja .Kakitangan haruslah mengambil bahagian dan bekerjasama dalam  menjayakan sistem yang ada di dalam wad.

3. MEMBERI CERAMAH-CERAMAH ATAU MENGADAKAN BENGKEL-BENGKEL CELIK IT DI KALANGAN JURURAWAT untuk memupuk minat di dalam penggunaan dalam kerjaya agar mereka tidak  berfikir perkara-perkara begini akan  membebankan kerja seharian mereka.

4.MEMBUAT KURSUS BERKALA SETIAP TAHUN BAGI KAKITANGAN agar dapat mereka mengigati semula penggunaan sistem-sistem yang sedia ada atau yang terbaru supaya mereka tidak ketinggalan dan dapat memahirkan kembali penggunaan komputer  serta sistem di hospital.

5. MENINGKATKAN PENGLIBATAN KAKITANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT di dalam memberi pendedahan kepada sistem yang diguna pakai di hospital dan sistem-sistem yang terbaru.Memperbanyakan sumber-sumber rujukan untuk penggunaan sistem-sistem yang digunapakai serta memperbaharui dan mengemaskini perisian yang sedia ada.  

http://www.youtube.com/watch?v=nEL4MSxg7No
http://www.youtube.com/watch?v=AAOMzhx06Bg&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=yJuIc4ib6y8&feature=fvwrel
http://www.youtube.com/watch?v=o-FpToBXDGQ&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=QltAI0cPzXY&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=NUqg7etMpy0
http://www.youtube.com/watch?v=fDcFt9V29-w&feature=fvwrel


15 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sweet yer blog ni..........
      Membudayakan ICT di kalangan jururawat
      Pihak Pengurusan Kejururawatan perlu memainkan peranan dalam memberi ilmu pengetahuan dalam pengisian ICT kepada jururawat dengan mengadakan kelas dan pendedahan seperti seminar.Ini bagi jururawat yang ada dapat menambahkan pengetahuan di samping memberi perawatan yang terbaik kepada pesakit dengan adanya maklumat di hujung jari.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Banyaknye buterfly..
    Walau pun dikatakan profession yang tidak glamor. Sememang tugas sebagai jururawat adalah tugas yang 'nobel' penuh kerumitan dan memerlukan ketabahan yang tinggi..Walaupun ICT bukan lagi baru di hospital, semua jururawat perlu meningkat kan pengetahuan, supaya memudahkan lagi tugasan mereka dan seterusnya dapat memberikan lebih tumpuan ke atas penjagaa pesakit. Manakala terlalu banyak pengetahuan, pengubatan, rawatan serta kajian terkini di laman web yang boleh dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  4. 1. Para jururawat mesti bersedia dan menerima budaya ICT di dalam kejururawatan dengan bersikap positif. Implikasi sikap yang positif ini dapat menggelakkan dari”mental block” terhadap komputer dan penggunaannya.
    Sokongan dari pihak atasan dan berwajib amat perlu untuk meningkatkan minat jururawat di dalam penggunaan ICT.
    ROSNITA HASHIM A134806

    ReplyDelete
  5. para jururawat perlu berusaha meningkat taraf seorang jururawat agar dapat di sanjung pada masa akan datang

    ReplyDelete
  6. sememangnya tajuk ini dah banyak di bincangkan oleh kekawan lain seperti diatas...cuma nak bagi tau Butterfly....YanG BloG AwAk Nie Cantik lAAA.....MemuKaU HaTi Saya....macam niE laa Yang Di Kata Kan JuruRaWat Membudayakan ICT....SeKiaN KomEN IkHlas DaRi SaYa....

    ReplyDelete
  7. Penggunaan ICT yang semakin meluas amat bertepatan dengan keadaan dunia sekarang yang semakin maju.Pesakit dan ahli keluarga mudah mendapat maklumat mengenai penyakit yang dihidapi dan mereka lebih gemar bertanya soalan kepada jururawat berbanding doktor.Sesuai dengan keadaan ini, jururawat perlu memahirkan diri mereka dengan ICT untuk memudahkan mereka dalam jagarawatan ke atas pesakit.

    ReplyDelete
  8. Membudayakan ICT sepatutnya telah lama diaplikasikan oleh para jururawat,namun sokongan dari semua pihak serta peruntukan budget untuk kearah itu perlulah ada persediaan yang rapi.

    ReplyDelete
  9. Saya bersetuju dengan langkah-langkah yang dihuraikan di atas.Dalam menghadapi era serba canggih dan globlsasi ini para jururawat perlu mahir menggunakan kemudahan ICT.Bagi merealisasikan matlamat tersebut banyak pihak sepatutnya memainkan peranan dalam menjayakan matlamat ini.Kemudahan peralatan mencukupi seharusnya perlu disediakan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran hospital dapat membantu jururawat melakukan tugasan dengan cekap dan lancar.Disamping memberi perawatan yang berkesan dan efisien

    ReplyDelete
  10. Sangat bersetuju dengan kenyataan di atas, di mana penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam bidang kesihatan amatlah penting sebagai medium dalam memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan kepada pesakit, khasnya dan rakyat di Malaysia, umumnya. Penggunaan ICT juga dapat mempercepatkan proses kerja serta mampu membina satu standard kualiti yang terkawal dan secara tidak langsung ICT adalah sebagai alat pemangkin di dalam jagarawatan yang berkesan sejajar dengan Visi Jururawat iaitu:
    “Malaysia akan wujud sebagai sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperoleh, berteknologi dan sesuai dengan persekitaran.
    Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan dan penyertaan masyarakat bagi meningkatkan mutu kehidupan.”

    NOR RINA MAHAWAR (A134817)

    ReplyDelete
  11. Saya bersetuju dengan langkah-langkah yang dihuraikan di atas.Dalam menghadapi era serba canggih dan globlsasi ini para jururawat perlu mahir menggunakan kemudahan ICT.Bagi merealisasikan matlamat tersebut banyak pihak sepatutnya memainkan peranan dalam menjayakan matlamat ini.Kemudahan peralatan mencukupi seharusnya perlu disediakan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran hospital dapat membantu jururawat melakukan tugasan dengan cekap dan lancar.Disamping memberi perawatan yang berkesan dan efisien
    -saniros awang-

    ReplyDelete
  12. Profesion kejururawatan perlu selari dengan kemajuan teknologi bagi memastikan ia relevan pada era ini. Perkembangan ini adalah amat penting bagi menggunakan konsep asas kejururawatan dengan teknologi bagi mengubah tanggapan dan cara penyampaian berhubung penjagaan kejururawatan.
    -miezamohd-

    ReplyDelete
  13. teknologi ICT bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti didalam perawatan keatas pesakit malahan dapat melahirkan jururawat yang berdaya saing dan berilmu.
    -iedayu-

    ReplyDelete